top of page
Search
  • Writer's picturementilmaleng

Hiking Bukit Sadok.

Bertemu kembali.

Kisah pendakian kali ini ialah di Bukit Sadok, Betong Sarawak. Sebenarnya sudah dua kali aku menjejakkan kaki di puncak bukit ini. Ianya adalah pengalaman yang sungguh menakjubkan.

Pengembaraan ke kawasan ini adalah mencabar. Jika dari Kuching, perjalanan ke Betong akan mengambil masa 4 jam. Kemudian akan meneruskan perjalanan ke Ulu Layar mengambil masa anggaran lebih kurang 2 jam.

Bukit Sadok berketinggian 831 meter, 3000 kaki dari aras laut. Bukit Sadok adalah sebuah kawasan yang bersejarah dimana bukit ini pernah menjadi tempat pertempuran Panglima Rentap melawan kerajaan Brooke sekitar tahun 1863. Di puncak bukit itulah menjadi kubu kuat Panglima Rentap melawan penjajah.

Kali pertama pendakian ku adalah pada tahun 2011, semasa penempatanku sebagai pengajar di kawasan ini. Aku menyertai ekspidisi yang telah dianjurkan bersama rakan pendidik di tempatku mengajar. Rombongan kami terdiri daripada beberapa orang guru, pelajar(kebanyakkannya dari kawasan itu juga) dan beberapa orang kampung.

Taklimat keselamatan diberikan sebelum memulakan pendakian.

Perjalanan akan melalui beberapa kawasan kebun penduduk kampung, dan jika hujan sebelumnya, laluan akan menjadi becak dan licin. Disebabkan majoriti pelajar yang mengikuti pedakian adalah berbangsa Iban, jadi kami tidak menghadapi sebarang masalah dan kecederaan sepanjang perjalanan.


Bukit Sadok adalah kawasan bersejarah, adalah lebih baik jika anda menjaga pertuturan dan tingkah lalu sepanjang pendakian. Kelebihan yang akan akan perolehi ialah dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan panorama menarik, serta pendidikan kepada anda yang datang dari bandar/tempat lain.

Setelah anda melepasi kawasan tanaman padi bukit, anda akan memasuki kawasan hutan bukit.


Ada diletakkan papan tanda untuk menujukkan berapa jarak yang perlu dilalui sebelum sampai ke puncak. Ambil masa untuk berhenti rehat seketika jika penat.

Apabila tiba di puncak, aku bersama rombongan membersihkan kawasan untuk menyediakan khemah untuk bermalam. Kawasannya adalah rata dan sekitarnya juga sesuai untuk memasang khemah.

Ini adalah pengalaman pertama aku bermalam di puncak bukit, dan ianya sangat mengujakan. Begitu juga dengan pelajar, mereka sangat gembira sekali. Kawasan ini adalah bersejarah, dan mereka boleh belajar melalui pengembaraan ini.

Pada waktu awal pagi anda akan mendengar bunyi angin membawa kabus, sungguh luar biasa. Suasana agak sejuk, disarankan untuk membawa jaket.

Selesai ekspedisi kami pun bersiap-siap mengemaskan barang untuk balik. Tidak lupa untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Apabila sudah balik anda boleh lah singgah untuk mandi manda di kawasan sungai yang berdekatan.


Sesungguhnya pendakian kali ini adalah sangat menyeronokkan. Apatah lagi aku sebagai orang baru di kawasan ini. Peluang yang ada untuk aku belajar menghayati sendiri tempat pahlawan tanah air menentang penjajah suatu masa dahulu.


Pada tahun 2017, setelah enam tahun dari tempoh aku pertama kali menjejakkan kaki ke Bukit Sadok, aku berkesempatan untuk mendaki lagi Bukit Sadok.

Pendakian kali ini bersama dengan beberapa rakan hikers dalam usaha untuk mencatatkan The Malaysia Book of Records untuk perkemahan menggunakan hammock yang paling ramai, di Bukit Sadok.

Pendakian kali ini bersama rakan dewasa jadi pengalaman pasti adalah berbeza. Namun, trail seingat-ingat aku masih sama. Masih mengekalkan keaslian semula jadi seperti yang ku alami dahulu.

Perjalanan kami agak mencabar kali ini kerana laluan yang basah dan licin, aku sudah beberapa kali tersadong. Apabila tiba di puncak bukit, kawasan sudah diratakan terlebih dahulu oleh pihak penganjur, juga disediakan kemudahan yang baik seperti tandas mobile dan pondok juga telah dinaik taraf.


Ditambahkan lagi cerita pada malam itu hujan...haaa, habis basah hammock. Suasana memang hening dan sejuknya sehingga ke sum-sum tulang. Aktiviti seperti ini memberi pengalaman yang amat berharga.

Bukit Sadok akan terus membawa sejarah dalam hidupku.

Jika ada kesempatan ke sini dilain waktu, siapa tahu, aku pasti akan mula menyediakan kelengkapkanku untuk ekspidisi itu.

Teruskan juga untuk membaca post2 ku yang lain.


44 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page