top of page
Search
  • Writer's picturementilmaleng

Hiking Kinabalu

Hello gaisss..bertemu kembali kita. Kisah pada kali ini agak panjang. Ianya adalah tentang pendakian Gunung Kinabalu, Sabah. Siapa antara kalian yang pernah pergi? Memang hebat. Bagi yang belum berkesempatan, anda boleh mula buat perancangan untuk menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia ini dari sekarang.

Aku dan rakan membuat pendakian pada Mac 2017, dan diketuai oleh rakan kami yang paling muda dalam team iaitu saudara Raphael. Dia yang menguruskan tempahan pendakian dan kami yang lain cuma bayar sahaja. Namun perancangan dan segala tempahan perlu dibuat dengan lebih awal.

Daripada semua perancangan teliti yang dilakukan, baju yang kami pakai pada hari pendakian adalah secara kebetulan. Ianya adalah t-shirt UNIMAS run yang telah kami ikuti sebelum itu.

Gunung Kinabalu adalah gunung tetringgi di Malaysia dan Asia Tenggara. Dengan ketinggian mencecah 4095 dari aras laut, anda perlu 6 jam perjalanan untuk berhenti bermalam di laban rata. Keesokkan paginya barulah anda melalui 2 jam yang memeritkan untuk sampai ke puncak.

Perjalanan wajib disertai oleh malim gunung, tidak termasuk bayaran untuk membawa barang anda naik ke laban rata.


Perjalanan ke laban rata adalah yang paling lama dan menyeronokkan. Di sepanjang trail yang dilalui pasti ada peristiwa yang menarik berlaku. Banyak pondok disediakan untuk anda berhenti rehat seketika. Malah haiwan liar seperti tupai juga sangat jinak, cuma pastikan anda ada roti untuk diberi kepada tupai tersebut.

Alam semulajadi juga tidak pernah mengecewakan. Kehijauan alam flora akan sentiasa memberi kebahagiaan kepada anda. Ambil masa untuk berhenti dan memuji kebesaran-Nya.


Sekitar jam 3 petang kami selamat tiba di laban rata. Kami akan berhenti untuk bermalam di sini sebelum meneruskan pendakian ke puncak pada esok hari.

Syukur cuaca sangat baik pada hari ini.

Ada banyak jenis tempat penginapan yang anda boleh pilih di laban rata, bergantung dengan bajet anda. Aku dan rakan tidak mempunyai masalah menginap di hostel bersama pendaki2 dari negara lain. Cuma keadaan di atas ini sangat sejuk.

Selepas makan malam pada pukul 4.30 petang, kami keluar untuk melihat matahari terbenam, dan balik semula ke hostel untuk tidur.

Tidurku tidak begitu nyenyak pada malam tu, sering terbangun beberapa kali. Mungkin banyak perkara baru yang ku lalui yang ku rasakan janggal bagiku. Mungkin juga sebab aku tidak biasa dengan keadaan sejuk, atau udara yang sedikit. Aku perlu bersedia dengan fizikal dan mental yang kuat untuk semua ini.

Kesesokkan paginya, kami meneruskan pendakian ke puncak seawal 4 pagi. Ada yang memulakan pendakian lebih awal dari itu, bergantung dengan nasihat malim gunung masing-masing.

Ada banyak anak tangga, tali dan batu yang perlu ditempuh, berbeza dengan pendakian sebelum ini.


Syukur gaiss, kami telah berjaya menawan puncak Kinabalu. Kawasan ini sangat indah sekali, tidak hairanlah menurut kepercayaan masyarakat setempat kawasan ini adalah suci dan merupakan tempat tinggal nenek moyang mereka yang sudah meninggal. Respect gaiss.

Ambil lah sedikit masa untuk berhenti duduk sambil menyaksikan pemandangan yang luar biasa ini.

Sepanjang perjalanan ke puncak, kami sedar tentang risiko yang akan dihadapi seperti kejadian gempa yang berlaku pada tahun 2015. Apa yang penting jaga keselamatan dan kelakuan sepanjang tempoh pendakian.

Akhirnya, masa untuk turun dari gunung ini. Kali ini tak perlu bermalam, kami hanya singgah ambil barangan di laban rata dan terus melakukan perjalanan sehingga ke kaki gunung.


Keesokan paginya bolehlah pergi mandi manda di pulau Manukan bagi merehatkan kaki.

Itu sahaja untuk kali. Aku berharap semoga ada kesempatan untuk mendaki semula gunung Kinabalu nanti.

12 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page