top of page
Search
  • Writer's picturementilmaleng

Marigold @ Tagetes

Marigold berasal dari Mexico dan Guatemala. Terdapat dua jenis marigold iaitu Tagetes erecta (African Marigold ) dan Tagetes patula (Dwarf French Marigold). Kedua-duanya dikenali dengan nama tempatan sebagai bunga tahi ayam. Kebiasaannya ia digunakan sebagai tanaman hiasan untuk tujuan perlandskapan.

BOTANI TANAMAN

Marigold adalah tanaman semusim yang tergolong dalam keluarga Compositae. Pokok Marigold la boleh mencapai ketinggian antara 25 – 60 cm.

Ciri-ciri lain ialah :

Akar – sistem akar tunjang yang kuat dan banyak akar sekunder.

Daun – berbentuk bipinat, berwama hijau dan pokok bercabang di mana bunga tumbuh di pucuk daun muda. Bunga – berukuran 6-10 cm garis pusat. Terdapat pelbagai warna seperti kuning dan oren. Bunga boleh tahan sehingga satu bulan selepas mula berbunga. la mengeluarkan bau yang kuat.

Marigold memeriukan suhu 20-25C, cahaya matahari yang penuh dan air yang mencukupi. Marigold sesuai ditanam di tanah yang gembur dengan pembajaan yang mencukupi.

Jenis-jenis yang ditanam di Malaysia diimport dari Jepun atau Holland. Terdapat dua jenis marigold iaitu Tagetes erecta (African Mari­gold) dan Tagetes patula (Dwarf French Marigold).

Tagetes erecta, mempunyai ketinggian pokok 60 cm, daun berwarna hijau muda dan pokok berdaun lebat, batang pokok lurus tegap. Jenis ini kerap berbunga dan berwarna jingga cerah, saiz bunga berukuran 10 cm garis pusat. Contohnya Beauty Yellow.

Tagetes patula, mempunyai ketinggian pokok 25 cm. Pokok jenis rendah ini tumbuh cergas dan berbunga lebih cepat dan warna bunga kuning keemasan, jingga, merah hati, merah dengan jalur warna kuning keemasan di tepi bunga dan Iain-Iain jenis campuran warna. Pertumbuhan pokok dan bunga sangat seragam. Jenis ini peka kepada penyakit layu dan cuaca panas terik. Contohnya Bonanza Flame.


29 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page