top of page
Search
  • Writer's picturementilmaleng

Ruellia

Kencana atau bunga kencana (Ruellia) adalah bunga yang dapat ditemui di padang rumput atau pinggir jalan, memiliki bunga yang berwarna merah, putih, biru atau ungu dan beberapa jenis bunga kencana liar memiliki buah kering yang dapat meletup di dalam air.

Bunga ini termasuk genus dari tanaman berbunga yang umumnya dikenal dalam bahasa Inggris sebagai ruellias atau wild petunias. Tetapi mereka tidak berhubungan dekat denga petunia (Petunia) walaupun keduanya termasuk klad yang sama, euasterid. Genus ini dinamai untuk menghormati Jean Ruelle, seorang herbalis dan fisikawan kepada François I dari Prancis dan penerjemah terhadap beberapa karya Dioscorides. (WIKIPEDIA)

Habitat asal bunga ni adalah dari kawasan beriklim khatulistiwa seperti Mexico, Carribean, dan Amerika Latin. Bunga ini juga hidup subur dengan iklim negara kita yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Pokok bunga ini sangat produktif, hari-hari akan mengeluarkan putik dan bunga yang baru. Bunganya pula akan mengembang segar pada waktu pagi, dan gugur pada sebelah petang. Sifat Mexican Petunia yang mudah ditaman dan berbunga lebat, menjadikan bunga ini sebagai pilihan tanaman lanskap di tepi-tepi jalan, bangunan kerajaan, dan kawasan kediaman. Pokok ini dapat membesar kehingga satu ke tiga kaki tinggi.

Ruellia warna purple dirumah aku ni, aku minta dari makcik2 cleaner di tempat aku bekerja, idaorg yang tolong petikkan. Mulanya syak juga... dapat ke tak bunga ni hidup dengan petik pucuk dia kan, tapi mana ko nak lawan orang berpengalaman. Aku rajin keratkan batang pokok ni seperti yang aku tengok diaorang makcik cleaner buat, boleh tanam terus ke kawasan tanah yang lain. Selepas 2 minggu, atau agak-agak akar sudah kuat tumbuh, akan keluar pucuk baru. Reullia ni antara koleksi bunga2 aku di taman belakang rumah yang menambahkan varian warna. Seronok bila tengok tiap-tiap pagi banyak bunga yang mekar.

22 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page