top of page
Search
  • Writer's picturementilmaleng

Hiking Gunung Gading

Tanggal Mac 2017, aku dan rakan dari group kaki berjalan telah memulakan ekspidisi untuk menawan gunung gading yang terletak di Lundu, Kuching Sarawak.


Perjalanan dari Kuching akan mengambil masa 1 hingga 2 jam, bergantung dengan gaya pemanduan dan perhentian anda. Seelok-eloknya tiba di kaki gunung pada awal pagi untuk memudahkan aktiviti pendakian.


Aku dan rakan begitu semangat untuk hiking pada hari ini. Setelah parking kereta kami melaporkan diri di pejabat dan membayar yuran masuk (dikenakan ke atas semua taman negara Malaysia).


Niat kami hanya unruk mendaki gunung sahaja, jadi kami tak perlukan guide gunung. Namun jika anda ingin melihat kebesaran bunga Rafflesia, anda perlu mengupah guide untuk membawa anda ke arah bunga tersebut.


So, pendakian akan memakan masa lebih kurang 3 jam dengan jarak perjalanan sejauh 3800 meter. Ketinggian gunung gading adalah 965 meter dari atas paras laut



Hari ini adalah hari yang sangat sesuai untuk hiking. Mendaki sebenarnya baik untuk minda dan menjana tubuh badan yang sihat.

Aku akan poskan beberapa penulisan tentang aktiviti pendakian ku yang lain pada episod akan datang.


Jadi semasa mendaki gunung gading pastikan anda alert dengan kod warna yang dilorekkan pada batang pokok. Mula2 ikut tanda warna merah putih ala2 warna bendera negara tetangga, sehingga anda sampai ke simpang waterfall no 7.


Selepas itu, ikut warna cat kuning merah untuk meneruskan pendakian ke puncak gunung. Di sepanjang pendakian ini aku mengambil masa menghayati keindahan alam semulajadi dan sentiasa menjaga pertuturan serta kelakuan.



Adalah lebih baik jika pendakian dijalankan dalam kumpulan atas dasar keselamatan dan sokongan motivasi untuk ke berjaya ke puncak.



Ambil masa untuk berhenti rehat sekejap sekitar 5 minit. Sila pastikan anda membawa air dan makanan yang secukupnya agar tidak terlalu membebankan untuk dibawa sepanjang pendakian.



Akhirnya... lebih kurang 3 jam perjalanan, kami pun berjaya tiba di puncak gunung gading. Kawasan puncak 360 darjah ditutupi oleh pokok-pokok yang tinggi. Menurut sejarah, puncak gunung ini dijadikan base oleh tentera British semasa berperang dengan komunis pada zaman dahulu. Di kawasan lapang inilah mungkin tempat helikopter mendarat untuk menurunkan peralatan ketenteraan.


Setelah mengambil gambar dan berehat beberapa ketika, aku dan rakan kemudiannya memulakan perjalanan untuk menuruni bukit.


Apabila sampai di kaki gunung, kami mengambil peluang untuk mandi manda di kawasan yang disediakan oleh pihak taman negara. Ada kolam dan kawasan untuk beristirehat di sini.


Sehingga tarikh aktiviti kami ini, mungkin sudah banyak perubahan yang berlaku. Namun yang pasti perasaan gembira dan bangga dengan apa yang berjaya ditempuhi adalah senantiasa berkekalan.

67 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page