top of page
Search
  • Writer's picturementilmaleng

Kebun belakang rumah

Pada tahun 2017, sekitar bulan Julai aku berpindah masuk ke rumah yang baru ku beli. Syukur pada usiaku ketika itu 33 tahun aku telah berjaya memiliki rumah kediaman sendiri.


Begini lh rupa kebun aku di belakang rumah ketika baru siap.


Haaa..itu lh aku. nama mamat bunga tu aku cipta sendiri, sebab minatku dengan berkebun. Sebenarnya puas hati aku bila dapat meluangkan masa di belakang rumah ni selepas balik bekerja, biarpun hanya duduk menjana impian ala2 mat jenin.


Tanah sekangkang kera di belakang rumah ku ini tak besar, lebih kurang 21x11 kaki persegi...tu belum tolak dengan tangki septik lagi. Jadi setiap ruang adalah sangat berharga jika kita memiliki ruang yang terhad untuk berkebun.

Apabila melihat semula semua gambar2 lama ni, kenangan lalu muncul kembali. Tanah di belakang rumah ni adalah tanah tembok. Segala macam ada dalam tu dari tile yang pecah, tanah liat, batu hitam, sisa konkrit dan cebisan atap semua campak di dalam. Aku terpaksa korek dalam tanah tu dan timbus dengan tanah merah. Proses mengorek adalah dengan mengunakan cangkul dan tulang empat kerat ku. huhu. Kemudian tanah merah tu beli 1 plastik lebih kurang 2kg dengan harga RM1.50 seplastik.

Nasib lah rumah teres biasa yang kecil, tak lah ku lelah sangat seorang diri melalui semua proses ini.


Nanti kalau ada rezeki di masa hadapan, nak juga ku memiliki rumah kedua dengan corner yang besar untuk bercucuk tanam. Supaya ala2 kebun milik Monty Don yang dikategori kepada beberapa bahagian.


Antara bunga paling awal yang menjadi tanaman di belakang rumah ini adalah bunga Ros jepun dan Marigold, dan yang terus menyeri taman sehingga ke saat ini.

Semua perihal bunga2 ini akan ku ceritakan di episod yang akan datang.



Ini adalah gambar semasa di belakang rumah. Bunga2 belum lagi mengembang namun kehijauan itu mampu membuatkan otak segar di setiap waktu. Doa ku agar usaha tetap ada pada setiap hari untuk mencantikan taman di belakang rumah.


42 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page